• Welcome to UM Research
  • pen_ippp@um.edu.my
logo
logo

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera, 

YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) MALAYSIA-SPAIN INNOVATING PROGRAMME (MySIP) TAHUN 2022

Sepertimana YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR) merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAiR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri dan akademik dalam negara mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2022 di bawah inisiatif MyPAiR. Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

a) Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);

b) Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan);

c) Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju);

d) Health (Kesihatan);     

e) Electrical & Electronics (Elektrikal & Elektronik);

f) Aerospace (Aeroangkasa); dan

g) Smart Agriculture (Pertanian Pintar). 

Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama dan projek kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTI. Peruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPT, peruntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.

Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran yang mana kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikan yang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol. Ahli projek perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP 2022.

Pemohon perlu mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:


Ø  Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) industri Malaysia dan Sepanyol. Bukti persetujuan untuk bekerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan.

Ø  Pemohon adalah dipohon untuk melengkapkan Bilateral Application Form dan MOHE Cost Proforma (Annex 3) dan mengemukakan kepada PPGP melalui email ppgp@um.edu.my. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT.

Ø  Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Ketua Projek (PI) Sepanyol melalui laman web CDTI.

Bersama-sama ini dilampirkan:

      i.        MYSIP Call 2022 Guideline

    ii.        Bilateral Application Form

   iii.        Annex 2- MOHE Funding Guidance for Malaysian Universities

   iv.        Annex 3- MOHE Cost Proforma

Tarikh akhir dokumen permohonan dikemukakan ke Pejabat PPGP : 18 Julai 2022 (Isnin) sebelum jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada ppgp@um.edu.my/ Puan Azura (saidatulazura@um.edu.my)/ Puan Rozalin (rozalin@um.edu.my)/ Cik Khadijah (khat@um.edu.my).

Guidelines

Application Form

ANNEX 2

ANNEX 3

Highlights